Saturday, July 25, 2009

duhai adam


Ohh Adam...

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskanhatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kaupinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku
sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mau terpesong darilandasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku
lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jikabilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabi
lsehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitumaka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidakl ebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana
ramainya isterimu yangmembimbangkan aku.
Bukan kerana
sedikitnya bilanganmuyang merunsingkan aku.
Tapi...
aku risau, gundah dangulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun...
terasa berat pula untukku meyatakan isiperkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaumwanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kaudiberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku danTuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki
aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar,di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah
seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi..
realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu,aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yangsama,
aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata.
Padahal,
kau duduk saja.
Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan sajaaku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kausekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilangkasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau
jika kukatakan andainya Hawaterpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa?
Mengapa begitu ADAM?
Ya!
Ramai orang berkata jika anakjahat emak-bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh,guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selaluberkata,
Hawa memang degil,
tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat,
kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini
Adam,
seharusnya kau tanya dirimu,
apakah didikanmu terhadapku
sama seperti didikan NabiMuhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa
sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam
boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam
dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalahketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kaulalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...
akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam....
pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa,
lalai dan alpa,
sering akutergelincir ditolak sorong oleh nafsu dankuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku
untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dada ku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah parasahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam,
malu lah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu
sumber:iluvislam.com

No comments: