Wednesday, July 29, 2009

rahsia jari kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima.
Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.
Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas.
Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya.
Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.
Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.
Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira..
Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??
Nah sekarang naikkan...jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini
banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.
Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.
Itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima.
Renung dan fikir dalam-dalam.
Dimanakah kita sekarang..?
sumber:iluvislam

5 comments:

team kAMEy said...

ak ske nih!!!!

teEn-teNn

cahaya.keikhlasan said...

ana pong!!!!
uhuu~

cuma tak pham skek,,
"...Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya.
Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung...."
x pham lar,,
ana mmg jahil,,
spe2 leh explen~

team kAMEy said...

lisa,,
kalu awk prasan,nie la oral bm zueraihan thn lps..
smmgnye ak msih igt..
~msihkah kau igt.....


ctie_crie

cahaya.keikhlasan said...

ha'ah..igt2..
yg cg laili tunjuk cincin kat jari diri tym nor bcer sal jari maneh tuh..
kan...??kan...??

ANA said...

nk salin ah kat blog amber... suka baca...

haha

(ketika otak membeku untuk menulis)